Sunday, March 20, 2022

Pelestarian Digital Dalam Pendidikan Abad Ke-21

 

PENDIDIKAN ABAD KE-21 

    Tahukah anda sama ada secara sedar ataupun tidak sedar, sebenarnya pendidikan dalam setiap kehidupan manusia telahpun bermula daripada hari pertama kita dilahirkan sehinggalah tamat hayat kita? Pendidikan juga merupakan satu proses yang berlaku secara langsung atau tidak langsung dan secara formal atau tidak formal. Keperluan dan kebergantungan manusia terhadap pendidikan jelas kelihatan. Dengan adanya pendidikan, maka wujudlah generasi yang berpotensi tinggi dan berkaliber dalam usaha meningkatkan kualiti kehidupan individu, masyarakat serta negara. 




Pendidikan kini dilihat mengalami pelbagai revolusi dan reformasi selari dengan peredaran zaman.  Pendidikan abad ke-21 merupakan satu transformasi dalam sistem pendidikan negara, yang telah membawa perubahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pendidikan abad ke-21 memfokuskan kepada beberapa kompetensi teras iaitu kolaboratif, kemahiran berfikir, penyelesaian masalah dan celik digital. Perkara yang akan difokuskan pada kali ini berkaitan dengan pendigitalan dalam pendidikan.





Pelestarian Digital Dalam Pendidikan Abad Ke-21

  PENDIDIKAN ABAD KE-21       Tahukah anda   s ama ada secara sedar ataupun tidak sedar, sebenarnya pendidikan dalam setiap kehidupan manusi...