PENDIDIKAN ABAD KE-21
Tahukah anda sama ada secara sedar ataupun tidak sedar, sebenarnya pendidikan dalam setiap kehidupan manusia telahpun bermula daripada hari pertama kita dilahirkan sehinggalah tamat hayat kita? Pendidikan juga merupakan satu proses yang berlaku secara langsung atau tidak langsung dan secara formal atau tidak formal. Keperluan dan kebergantungan manusia terhadap pendidikan jelas kelihatan. Dengan adanya pendidikan, maka wujudlah generasi yang berpotensi tinggi dan berkaliber dalam usaha meningkatkan kualiti kehidupan individu, masyarakat serta negara.
Pendidikan kini dilihat mengalami pelbagai revolusi dan reformasi selari dengan peredaran zaman. Pendidikan abad ke-21 merupakan satu transformasi dalam sistem pendidikan negara, yang telah membawa perubahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pendidikan abad ke-21 memfokuskan kepada beberapa kompetensi teras iaitu kolaboratif, kemahiran berfikir, penyelesaian masalah dan celik digital. Perkara yang akan difokuskan pada kali ini berkaitan dengan pendigitalan dalam pendidikan.
PERKAITAN KELESTARIAN DAN DIGITAL
Apakah hubungan antara kelestarian dan digital? Mengapa dikatakan kelestarian digital amat penting dalam pendidikan zaman kini ? Ayuh sama-sama kita terokai maksud sebenar kelestarian digital dalam pendidikan abad ke-21.
Kelestarian ataupun kata dasarnya lestari bermaksud pengekalan sesuatu keadaan ataupun perkara yang sedia ada. Kelestarian mempunyai kaitan rapat dengan usaha mengekalkan dan memelihara keaslian sesuatu perkara. Dalam konteks yang lebih meluas, kelestarian bukan sahaja meliputi ‘pengekalan’ tetapi ia juga merangkumi ‘penambahbaikan’ keadaan yang sedia ada. Kebiasaannya konsep kelestarian ini hanya dikaitkan dengan alam sekitar. Namun, tahukah anda selain bidang alam sekitar, konsep kelestarian juga turut merangkumi bidang pendidikan dan pendigitalan?
Maka, secara umumnya kelestarian digital dalam pendidikan abad ke-21 ialah satu proses penambahbaikan kualiti pendidikan dari sudut digital dan Information and Communication Technology (ICT). Peningkatan kualiti pendidikan negara perlulah selari dengan perkembangan era globalisasi kini.
PELESTARIAN DIGITAL DALAM PENDIDIKAN ABAD-21
Seperti yang kita sedia maklum, era pendidikan telah mengalami perubahan bila mana sesi pembelajaran dan pengajaran yang sebelumnya dilaksanakan secara fizikal, kini telah dilaksanakan secara dalam talian. Secara tidak lansung, metode pengajaran dan pembelajaran telah berubah. Oleh itu, guru perlu menyelaraskan, menyesuaikan pengajaran mereka dengan pembelajaran secara maya terutama sekali dari segi alat bantu mengajar.
Info sangat menarik dan sangat mudah difahami serta dapat menambah pengetahuan sedia ada.
ReplyDeleteInfo yg sgt bermanfaat kpd semua terutama para guru dan ibu bapa
ReplyDelete