PEMANFAATAN PENGHASILAN PRODUK KEPADA MURID

 

Matlamat utama penghasilan blog dan produk ini, lebih memfokuskan kepada pemanfaatan kepada murid. Secara emperis dan saintifiknya, kita telah sedia maklum bahawa setiap murid itu mempunyai 1001 perbezaan ragam dan latar belakang berlainan, yang mengakibatkan penerimaan murid terhadap pengajaran guru itu berada pada tahap-tahap yang berbeza. Ada yang penerimaannya berada tahap tinggi, tahap rendah dan ada juga sesetengah pelajar berada pada tahap yang sederhana. Dengan adanya produk-produk sebegini, murid-murid akan dapat; 


  1.  Memahami topik yang diajar dengan lebih terperinci dan logikal 
  2.  Menyemai rasa minat untuk belajar dalam diri 
  3.  Melihat proses pembelajaran sebagai suatu perkara yang menyeronokkan 
  4.  Menjadikan pembelajaran lebih berkesan dan kekal dalam ingatan untuk tempoh jangka masa yang panjang. 
  5. Mengakses maklumat pembelajaran digital pada bila-bila masa sahaja secara fleksibel 
  6.  Berkeupayaan untuk mengaplikasikan apa yang dipelajari 
  7.  Mewujudkan daya kreativiti yang mantap 
  8.  Melahirkan pemikiran yang kritis dalam pemprosesan maklumat 
  9.  Menjimatkan masa; belajar banyak perkara dalam tempoh masa yang pendek. 

No comments:

Post a Comment

Pelestarian Digital Dalam Pendidikan Abad Ke-21

  PENDIDIKAN ABAD KE-21       Tahukah anda   s ama ada secara sedar ataupun tidak sedar, sebenarnya pendidikan dalam setiap kehidupan manusi...