Proses pengajaran perlu akan kaedah, alat atau pemudahcara untuk disampaikan, begitu juga pembelajaran. Ia memerlukan rangsangan untuk memudahkan penerimaan pelajar terhadap apa yang disampaikan. Alat bantu mengajar (ABM) merupakan alat yang membantu para guru dalam pengajaran. Alat bantu mengajar menyumbang kepada peningkatan pemahaman dan minat murid terhadap pengajaran guru. Tanpa adanya alat bantu mengajar, berkemungkinan proses pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dijalankan dengan lancar dan merumitkan kedua-dua pihak, pelajar dan guru. Pentingnya untuk guru merangka aktiviti PdP dengan baik terutama dari sudut pemilihan,penggunaan dan kesesuaian bahan bantu mengajar dengan keadaan semasa.
JENIS ALAT BANTU MENGAJAR
- Alat Bantu Mengajar Bukan Digital
Alat bantu mengajar bukan elektronik adalah kaedah terawal yang digunakan oleh para guru sebelumnya adanya alat mengajar yang berbentuk digital. Namun begitu, alat tersebut dilihat masih tinggi peratus keberkesanannya sebagai pemudahcara dalam pengajaran. Mari kita sama-sama mengetahui apakah jenis alat bantu mengajar bukan digital.
2. Alat Bantu Mengajar Berbentuk Digital
Bahan bantu mengajar ini semakin relevan dalam dunia pendidikan. Ia makin popular digunakan di kalangan guru kerana didapati pengaplikasiannya yang lebih mudah dan menarik minat para pelajar. Antara contohnya dari segi teknologi dan pendigitalan iaitu bahan visual, animasi, audio, infografik, video dan teks. Berikut merupakan contoh alat bantu mengajar yang boleh disediakan, yang melingkupi aspek-aspek seperti di atas.
No comments:
Post a Comment